Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Hari ini saya ingin kongsikan 1 kisah berkaitan Si Labah-labah.
Saya
pasti anda mesti kenal dengan labah-labah, ia merupakan serangga yang
pernah menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang diburu
oleh kaum yahudi semasa ingin menyampaikan Agama Islam.
Tetapi
kisah yang saya ingin ceritakan mengenai seorang pemuda yang bernama
Mr.Z yang amat terpegun dengan labah-labah sehinggakan kehidupanya
berubah hanya melihat kehebatan labah-labah tersebut.
Pada
suatu hari, Mr.Z dalam perjalanan ke tempat kerja, semasa berjalan Mr.Z
telah melihat sesuatu yang mengasyikan pemandanganya dimana Mr.Z telah
melihat seekor labah-labah ingin membina sarangnya sendiri. Dalam
kelekaan labah-labah itu, datang seekor burung terpa kearah sarang itu
lalu rosak dan musnah. Segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia
sahaja. Pada ketika itu Mr.Z hanya melihat dan tidak mampu untuk
melakukan apa-apa dan teruskan perjalananya.
Tepat pada
pukul 5.30 ptg Mr.Z telah berangkat pulang ke rumah. Semasa dalam
perjalananya itu Mr.Z terlihat sesuatu yang membuatkan hatinya terdetik
seketika " Wahh hebatnya labah-labah ini, walaupun sarangnya musnah
diterpa burung tetapi semangat dan kesungguhanya tidak mengernal erti
putus asa untuk membina semula sarangnya kerana sarang itu adalah
tempatnya berlindung".
Mr.Z terdetik lagi sekali dan membisik pada dirinya sendiri "
Sedangkan seekor serangga mempunyai semangat dan kesungguhan begitu
hebat, kenapa tidak aku seorang manusia yang mempunyai akal fikiran
untuk melakukan sesuatu yang dapat membantu diriku, keluargaku, agamaku
dan bangsaku sendiri ".
Sejak daripada peristiwa
itu, Mr.Z telah berazam dan menetapkan matlamat yang jelas dimana Mr.Z
ingin membantu keluarganya, agamanya dan bangsanya dengan memberikan
perkhidmatan motivasi yang terkenal pada suatu hari.
Begitulah
cerita secara ringkas tentang seekor labah-labah yang dapat mengubah
pendirian seseorang manusia kearah mengecapi kejayaan.
Kesimpulanya
- Walaupun kita mencari dan melihat kejayaan orang yang berjaya tetapi
kita harus juga melihat makhluk ciptaan allah yang lain untuk memberikan
kita inspirasi dalam kehidupan.
Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan lagi bara kejayaan dalam diri anda semua...
cerita asal: http://www.facebook.com/note.php?note_id=156225424426421 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan