SETIAP APA YANG TERTERA

Pada setiap apa yang tertera di lama blog ini adalah hak penulis sebarang Simpan"plagiat" diharamkan...

Selasa, 31 Januari 2012

LABAH - LABAH

Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Hari ini saya ingin kongsikan 1 kisah berkaitan Si Labah-labah.
Saya pasti anda mesti kenal dengan labah-labah, ia merupakan serangga yang pernah menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang diburu oleh kaum yahudi semasa ingin menyampaikan Agama Islam.

Tetapi kisah yang saya ingin ceritakan mengenai seorang pemuda yang bernama Mr.Z yang amat terpegun dengan labah-labah sehinggakan kehidupanya berubah hanya melihat kehebatan labah-labah tersebut.

Pada suatu hari, Mr.Z dalam perjalanan ke tempat kerja, semasa berjalan Mr.Z telah melihat sesuatu yang mengasyikan pemandanganya dimana Mr.Z telah melihat seekor labah-labah ingin membina sarangnya sendiri. Dalam kelekaan labah-labah itu, datang seekor burung terpa kearah sarang itu lalu rosak dan musnah. Segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Pada ketika itu Mr.Z hanya melihat dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa dan teruskan perjalananya.

Tepat pada pukul 5.30 ptg Mr.Z telah berangkat pulang ke rumah. Semasa dalam perjalananya itu Mr.Z terlihat sesuatu yang membuatkan hatinya terdetik seketika " Wahh hebatnya labah-labah ini, walaupun sarangnya musnah diterpa burung tetapi semangat dan kesungguhanya tidak mengernal erti putus asa untuk membina semula sarangnya kerana sarang itu adalah tempatnya berlindung". 

Mr.Z terdetik lagi sekali dan membisik pada dirinya sendiri " Sedangkan seekor serangga mempunyai semangat dan kesungguhan begitu hebat, kenapa tidak aku seorang manusia yang mempunyai akal fikiran untuk melakukan sesuatu yang dapat membantu diriku, keluargaku, agamaku dan bangsaku sendiri ". 

Sejak daripada peristiwa itu, Mr.Z telah berazam dan menetapkan matlamat yang jelas dimana Mr.Z ingin membantu keluarganya, agamanya dan bangsanya dengan memberikan perkhidmatan motivasi yang terkenal pada suatu hari.

Begitulah cerita secara ringkas tentang seekor labah-labah yang dapat mengubah pendirian seseorang manusia kearah mengecapi kejayaan.

Kesimpulanya - Walaupun kita mencari dan melihat kejayaan orang yang berjaya tetapi kita harus juga melihat makhluk ciptaan allah yang lain untuk memberikan kita inspirasi dalam kehidupan.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan lagi bara kejayaan dalam diri anda semua...
cerita asal: http://www.facebook.com/note.php?note_id=156225424426421

Labah-Labah Hijau jenis yang kecil membuat sarang pada pokok serai belakang rumah aku.
Menjadikan daun serai sebagai tempat tinggalnya
Labah-labah ini saiznya 0.2 cm. Pemangsa setia menanti mangsanya masuk perangkap.
Labah - Labah Tengkorak


Gambar adalah Asli....

Selasa, 17 Januari 2012

BURUNG CIK RUMAH DAN PIPIT

Sajak: Mencari Damai
mencari damai itu tidak salah
belajarlah dengan pengalaman
peduman orang terdahulu sangat bermenefaat
jangan sesekali pandangnya mudah
jalan yang dilalui tidak selalunya sama
lain padang lain belalang
lain orang lain ragam
damai dihati bila kita ikhlas 
jika hati kita busuk jiwa kita kosong
teman sekeliling tidakan riang
hanya menunggu masa menjadi petualang
silapnya kita busuk hati
walaupun niat mencari damai hati
namun caraya tidak tidak terpuji
maka sesatlah sehingga mati
                                                             din:-
Burung pun pandai lepak..
Berfikir seketika....
Burung ini banyak terdapat dikawasan rumah kerana hidupnya untuk menjaga kediaman manusia. Sebab itu di Kelantan orang pangil nama dia Burung Cik Rumah
Burung ni ada yang pangil nama Burung Pipit, Dikelantan orang pangil nama dia Burung Cik Tuli




.
Burung ini banyak bila musim padi masak atau musim menuai padi.


Burung terbang bebas....

Ahad, 15 Januari 2012

Gambar Adik Di Pantai Port Dickson



Sunset Port Dickson

15.01.2012 Ahad di Pantai Pord Dickson Menyaksikan pemandangan matahari terbenam


Permandangan Cantik Mempersona  Kejadian ciptaan Allah swt.

Jumaat, 13 Januari 2012

Lebah Dan Cicak


Lebah merupakan sejenis seranga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.
Apabila berbicara mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.

Lebah tidak selalunya terbang bebas

Ahad, 8 Januari 2012

Adik dan Halaman Rumah

Adik.. bila bermain di luar rumah letih si ibu ikut belakang


Sikecil Memang suka bila berada di luar rumah...



Tempat Jatuh Lagi Dikenang Inikan Pula Tempat bermain...


Berpeluh Abah nak dapatkan 1 gambar adik...

Sabtu, 7 Januari 2012

Adik Dan Camera

Abah tengok adik comel sebab tu abah tangkap gambar. Adik duduk tak boleh diam melompat je.. sebab tu abah tankap gambar.. pandai pulak duduk diam suka orang tangkap gambar dia. 

Tak menyempat adik ni. Abah tangkap gambar satu dia nak tengok, tangkap satu dia nak tengok...






Senyum .....