SETIAP APA YANG TERTERA

Pada setiap apa yang tertera di lama blog ini adalah hak penulis sebarang Simpan"plagiat" diharamkan...

Khamis, 29 Mac 2012

Galeri - Anak Taman Permainan

Hari ini 28.03.2012 seperti hari-hari biasa habis waktu bekerja jam 3.00 petang aku terus jeput qistina di rumah pengasuhnya. pagi tadi semasa aku hantar dia kerumah pengasuhnya dia menangis kerana tidak mahu tinggal rirumah itu rengeknya tidak seperti selalu kerana hari-hari sebelumnya dia pastii akan ketawa apabila sampai sahaja di hadapan pagar rumah pengasuhnya. mungkin hari ini dia tidak mahu ditinggalkan oleh aku atau pun dia tidak mahu berpisah dengan aku. semasa aku hendak menyerahkan qistina kepada pengasuhnya dia sedikit meronta-ronta dan menangis tidak mahu di ambil oleh pengasuhnya. aku biarkan sahaja rengetannya selepas pengasuhnya mengambil qistina dia terus diam dan mula senyum... 

 Sesampai aku di hadapan rumah pengasuh qistina kelihatan anak kecil ku melompat keriangan abah..abah..abah.. katanya. aku hanya senyum melihat telah anak kecil ini yang membuatkan rasa  penat bekerja hilang dengan gelak tawa anak secekil ini. petang ini aku tiada apa-apa pekerjaan oleh kerana ibu nya ada kerja yang perlu dilakukan, aku membawa qistina ke taman permainan tidak jauh dari rumah ku. disana ramai kanak-kanak aku harap anak aku dapat membiasakan diri bergaul dengan kanak-kanak yang lain...

Di taman permainan aku mengajak seorang kawan, dia tinggal di hadapan taman permainan ini. aku mengajaknya untuk dibuat teman berbual, dia mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan anak ku malah dia juga telah mendapat anak kedua baru sahaja beberapa bulan usianya. aku pula masih dengan seorang anak.. slow..slow.. untuk dapatkan adik kepada qistina. panjang lebar kami berbual sambil mengawasi anak-anak kami bermain permainan yang ada sehinggakan tidak sangka hari sudahpun gelap.

Dibawah adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan auntuk adik nur qistina damia...  




















Hari sudah gelap sayang jom kita balik..... aknak..aknak.. jari telunjuknya menunjukan kearah buaian.. jom balik.... aknakkk aaaaa... dia (qistina) menangis teresak-esak kerana aku menarik paksa tangannya untuk balik...