SETIAP APA YANG TERTERA

Pada setiap apa yang tertera di lama blog ini adalah hak penulis sebarang Simpan"plagiat" diharamkan...

Khamis, 8 September 2011

Pepatung atau tuyup

Pepatung atau tuyup merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan bedasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.

Pasti zaman kanak-kanak setiap orang ada pengalaman dengan seranga ini. Menangkap pepatung menggunakan serkup yang dibuat sendiri menggunakan - plastik air batu dan di ikat pada sebatang kayu- merata kampung berjalan memburu pepatung. Zaman kanak2 sunguh indah.





 Gambar Adalah Asli...